Assalamualaikum..

Sunday, July 12, 2009

Alhamdulillah....

Syukur, Alhamdulillah kita msih berkesempatan untuk menghirup udara bulan Rejab kini...

Sedar tak sedar, kita semakin menghampiri bulan yang yang mulia, Ramadhan al-Mubarak yang paling dinanti-nantikan..


Rejab bulan ALLAH, Syaaban Bulan RASUL-NYA, Ramadhaan, Bulan KITA, UMMAT ISLAM..


Tarikh 1 Rejab 1430 Hijriah bagi tahun Masihi 2009 jatuh pada 24 Jun 2009 (Rabu). Akhirnya bulan Rejab muncul kembali dan kita sebagai Muslim harusnya berasa bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan keselesaan oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

No comments:

Post a Comment