Assalamualaikum..

Saturday, July 31, 2010

fenomena tudung...

bismillahirrahmanirrahim..
sebut saja tudung, sudah bermacam-macam jenis tudung ada di pasaran. sebut sahaja fesyen apa, semua ada. tapi sayang, banyak yang tidak menepati syariat. fenomena tudung sekarang, tudung ber'awning', singkat, dikancing di tengkuk, dan rambut disanggul (tingginya mak aih). terus terang ana cakap, baik TAK PAYAH BERTUDUNG!

kalau nak bertudung, ikutlah syariat-syariat yang telah ditetapkan. masih lagi ana ingat suatu ketika dulu (mungkin ana masih bersekolah rendah), ana pernah mendengar ceramah dari ustaz akhill hayy tentang tudung.

tudung itu da 3:
  • tudung yahudi: orang yahudi juga bertudung, tetapi lebihan tudung mereka di hadapan semuanya ditarik ke belakang. maka, beringatlah wahai kaum wanita yang suka menarik hujung tudung ke belakang, anda menyerupai kaum Yahudi!
  • tudung nasrani: tudung nasrani pula ialah memakai tudung yang terlalu singkat ehingga menampakkan dada. terus terang ana katakan, sakit mata ana lihat mereka yang bertudung begini.
  • tudung muslimat: tudung inilah yang mencerminkan kita,tudung yang mengikut syariat. firman Allah SWT dalam surah an-nur ayat 31: "dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka......."

beberapa perkara yang ingin ana kupas lagi ialah yang tlah ana sebutkan di atas; sanggul tinggi dan kancing di tengkuk.

kancing di tengkuk; tak perlulah lagi untuk di kancing di situ, cukuplah di leher sahaja. apa tujuan sebenar mengancing tudung di tengkuk? apa? adakah untuk memperlihatkan kepada dunia betapa jinjangnya leher mereka? sungguh, bagaikan mahu berbulu bebola mata ana melihat fenomena ini. sudahlah leher terpampang, telinga pula jelas nampak (khususnya pemakai tudung yang lembut/jarang spt tudung jenis arini atau selendang yang teramat jarang). tidakkah mereka yang sedemikian berasa malu? ana yang melihat kadang-kadang berasa malu apabila abah ana yang turut melihat, menggeleng-geleng kepala. MALU! sungguh, ana pula yang malu!

sesudah itu, sanggul pula. tak salah untuk menyanggul rambut. ialah, sudah nama pun perempuan, sudah pasti ramai yang berambut panjang. tapi TOLONG! tolong jangan sanggul rambut terlalu tinggi, apa mereka mahu menayangkan mereka punya rambut panjang? terus terang ana katakan, ana tak nampak di mana cantiknya mereka yang menyanggul rambut tinggi yang amat, kemudian memakai tudung. maaf jika ana katakan itu adalah satu pemandangan yang amat buruk dan jelik. apa guna menutup rambut jia menayangkan sanggul yang kadang2 ana fikir nampak seperti nasi lemak yang disorokkan dalam tudung (maaf seribu kali maaf).

sekarang ini juga, popular tudung jenis serkup/anak tudung (ana tak rasa ia layak dipanggil tudung). 'tudung' jenis ini hanya menutup rambut, leher dan dada tertayang tanpa ditutup. pagi ni ana menonton program am:max di tv3, ana lihat pengacara wanitanya (maaf), hanya melilit-lilit kain di kepalanya untuk menutup rambut.

ada juga yang lain, menutup rambut semata-mata, telinga pula dikeluarkan,semata-mata untuk menayang anting-anting yang berkilau-kilauan tu.

tudung lain yang turut famous, ialah selendang. tak salah kalau memakai selendang andai ia tidak jarang dan lilitan2nya dapat menutup bahagian dada. tetapi yang menjadi masalahnya, selendang sekarang, teramat jarang sehingga mampu mencapai taraf transparent, dan bagi ana hanya layak dibuat langsir (langsir pun perlu kain yang tak jarang bukan??). buat apalah mereka memakai selendang, tapi yang ditutup mereka boleh dilihat satu persatu, JELAS, PERFECT, NAMPAK SEBIJIK2!

beringatlah. apabila mahu bertudung, pastikan tudung menutup dada, tidak nipis dan tidak terlalu lembut sehingga melekat-lekat.

maaf jika bahasa ana kurang sopan, ini cuma pendapat ana sahaja. semuanya kerana sudah terlalu lama ana memendam pendapat ana ni, lalu ana terfikir medium yang ada untuk ana meluahkannya. terus ana muntahkan segala-galanya di blog ini.

baca lagi di blog

http://ibnumustafa.blogspot.com/2010/02/tudung-dan-hukum-syara.html

3 comments: