Assalamualaikum..

Friday, July 30, 2010

mengumpat; boleh?

bismillahirrahmanirrahim..

mengumpat, perbuatan yang sering dilakukan, sedar ataupun tidak (nauzubillah min zalik). definisi sebenar mengumpat ana tak pasti, cuma apa yang ana faham, mengumpat tu apabila kita bercakap tentang seseorang, di belakangnya, perkara yang kita cakap tu memanglah perkara yang benar, tetapi tidak disukai oleh orang yang diumpat tu. perumpamaan orang yang mengumpat pula ialah ibarat memakan daging sahabatnya tu yang telah mati. andai saja dapat kita bayangkan betapa ngerinya untuk mengunyah daging saudara sendiri dan menelannya, masyaAlah, tak sanggup dibayangkan.

namun begitu, mengumpat juga dibolehkan dalam 5 situasi (menurut imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin)
  • apabila seseorang dizalimi dan dia mengadu kepada pihak berkuasa
  • apabila meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran
  • apabila meminta fatwa, kekurangan atau keaiban seseorang boleh disebutkan
  • apabila untuk menyedarkan masyarakat tetang kesesatan dan bahaya di sekeliling mereka
  • apabila kemungkaran dan maksiat berlaku terang-terangan

jelas disini bahawa mengumpat dalam situasi-situasi tersebut bukanlah untuk memalukan seseorang, tetapi untuk kebaikan. Namun harus diingat bahawa kita tidak boleh menggunakan alasan tersebut untu menutup kesalahan mengmpat yang sengaja dilakukan. Orang lain mungkin tidak mengetahui isi hati kita, ingatlah bahawa Allah lebih mengetahui.

ilalliqa'

No comments:

Post a Comment