Assalamualaikum..
Friday, September 25, 2009
Cinta Zaman Remaja
Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).
Mengapa Kita ingin bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang ‘bahagia’). Terkadang ia bercinta supaya ‘pointer’ selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.
Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
2. Apa matlamat Anda bercinta?
* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. ‘Pijak semut tidak mati’. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin ‘menipu diri sendiri’ sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.
Apabila perhubungan cinta anda mulai ‘berkelap kelip’ - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada ‘putus cinta’. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang ‘cantik’, ‘molek’ akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
3. Mengapa Anda Bercinta?
* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan ‘KECANTIKAN’ ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.
4. Apa Modal Untuk Bercinta?
* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.
Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..
6. Kos Cinta
Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc),bil elektrik, bil internet,
Masa yang anda korbankan untuk sidia Hati dan perasaan
Sikap Matang Dalam Mencari Cinta
Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.
Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?Fikir-fikirkan wahai sahabatku....
Jihad dan Masa Depan Palestin
International Jihad Analysis - Bumi Palestina masih bergolak. Negeri para Nabi tersebut hingga kini tiada putus dirundung derita akibat kezaliman zionis yahudi Israel. Baru-baru ini setidaknya 7 warga Palestina syahid, termasuk seorang ibu dan keempat anaknya akibat serangan rudal zionis yahudi Israel, anak cucuk turunan kera dan babi, di Gaza Utara. Pada hari sabtu (26/4) pasukan zionis juga menerobos ke kota Beit Lahiya di utara Jalur Gaza dalam upaya menangkap seorang pemimpin Hamas setempat. Pasukan kufar zionis Israel ini menyerbu ke rumah pimpinan Hamas sekaligus pemimpin Brigade Izuddin Al Qossam, dan berhasil menangkap pemimpin Hamas tersebut, Talat Hassam Marouf, dan menembak putrinya, Mariam, yang berusia 14 tahun.
Menurut juru bicara Hamas, Abdel Latif al-Qanou, pasukan Israel menghantam rumah Marouf dengan rudal dan meriam sehingga menyebabkan kerusakan berat. Selain itu, belasan tank dan pesawat tempur Israel membantu serangan tersebut, dengan menembakkan rudal-rudal ke arah para pejuang.
Gambar: Masjid Al Aqsha Palestina
Aksi brutal kuffar zionis yahudi Israel baru-baru ini menambah panjang kekejaman negara agresor di bumi suci kaum Muslimin ini. Lebih dari 400 warga muslim Palestina tewas di sepanjang Jalur Gaza dalam waktu 5 bulan terakhir ini.
Sumber-sumber medis menyebutkan mereka tewas ketika sebuah rudal dari penjajah Israel menghantam rumah mereka di Bayt Hanoun. Seorang pejuang Palestina dan seorang petani juga ikut mati syahid (Insya Allah) dalam dua insiden terpisah.
Sedangkan serangan keji lainnya yang dilancarkan oleh penjajah Israel pada Ahad di Bayt Lahiya telah menewaskan seorang anak perempuan berusia 14 tahun dan 8 penduduk lainnya cedera.
Tentara Israel bergerak masuk ke Gaza Senin pagi dan masuk ke Bayt Hanoun, yang tidak jauh dari perbatasan.
Sepanjang serangan itu, sebuah rudal menembus ke atap rumah bertingkat satu ketika para penghuninya sedang sarapan pagi.
"Sebuah keluarga ditembak setelah sarapan pagi di sini dan sekarang apa? Kami mendatangkan mobil untuk bagian tubuhnya," kata Abu Muhammad, tetangganya.
Ibu dan 4 anaknya --2 perempuan dan 2 laki-laki berusia 2 dan 6 tahun-- tewas, kata dokter rumah sakit setempat.
Omar Abdul Nabi, seorang petani yang sedang membawa traktor terkejut mendengar dua ledakan di area tersebut. "Orang-orang ketakutan ketika tank melintas ke jalanan," katanya.
Beberapa penduduk lainnya terluka akibat ledakan tersebut, dan sebagian dalam keadaan kritis.
Sedangkan pejuang Hamas mengatakan seorang pejuangnya menembak tentara Israel di Bayt Hanoun. Tentara tersebut menderita cedera ringan.
Monday, September 21, 2009
maAf... kullu 'aam wa antum bikhair
first of all, Selamat HAri Raya Aidilfitri, maaf zahir batin...
sebenarnya, kami (an-nida')...
-nak mintak maaf le sebab lame x update n wat post di blog ni ye..
-insya-Allah, lps pmr @ may b lpas spm akan lebih aktif...(kitorg kbykan form 3 n form 5)
-doakan kami, straight a's pmr n spm...
*p/s: kpd geng an-nida' yg tringin nak wat post utk blog, sila dptkan password dgn pengerusi anda.. dgn ketua editor pon boleh jgak...
sekian, wassalam..
Barakallahufikum...
Sunday, July 19, 2009
Padanya ada segalanya...
Bunyi loceng yang bertalu-talu buat saya terjaga dari tidur. Dengan longlai saya melangkah ke pintu.
“Min?” soal saya.
“Cepatlah orang penat ni!” Terdengar satu suara yang cukup saya kenali. Lantas pintu saya buka.
“Tak boleh sabar langsung. Tak teladani Rasulullah langsung,” usik saya.
“Lin penatlah, kak. Sana sini lembap. Benci betul. Masuk bilik dulu.”
Gedegang! Pintu bilik dihempas. Masam betul muka. Mesti ada yang tak kena.
“Akak dah masak. Kalau nak makan, makanlah!” jerit saya.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka semula. Tersembul wajah Lin sambil tersenyum simpul.
“Jom makan, kak!”
“Eh.. Lapar ke sebab tu marah-marah?”
“Takdelah. Lin bengang dengan orang kat Gad tu. Mentang-mentanglah kita foreigner, tak cantik, tak layan langsung. Lepas tu ada makcik mintak sedekah tu, paksa-paksa orang pulak. Suka hatilah orang nak bagi tak,” bebel Lin panjang.
“Tak elok marah-marah. Muka pun macam singa dah. Tak cun langsung. Kalau laki tengok dah lama kena cerai. Lin ingat tak kisah Rasulullah dengan arab Badwi tu?”
“Entahlah, kak. Lupa!”
“Suatu hari tu, ketika Rasulullah berjalan bersama sahabat, ada sehelai selimut yang kasar tepinya di badan Baginda SAW. Selimut tersebut dapat dicapai oleh seorang Badwi lalu dia menariknya dengan kuat sampai meninggalkan kesan dekat leher Baginda, and then Badwi tu mintak Rasulullah bagi untuknya daripada harta Allah yang ada pada Baginda. Kalau Lin,apa reaksi Lin?”
“Mestilah bengang. Dahlah nak mintak barang orang. Main kasar pulak.”
“Itulah. Tapi Rasulullah lain, Rasulullah berpaling pada Badwi tu dan senyum. Lantas Baginda perintahkan orang Badwi tu diberi sesuatu. Muliakan akhlak Rasulullah!”
“Betul. Tapi kitakan manusia biasa je. Mana boleh comparekan kita ngn Rasulullah. Jomlah makan, Lin dah lapar.”
“Memanglah kita tak layak untuk dicomparekan ngan Baginda. Tapi kita perlu cuba untuk jadi sehebat baginda. Jom makan. Lin bacakan doa. Jangan gelojoh sangat. Pelan-pelan! Akak tahu Lin lapar.”
Gadis itu menurut patuh. Kami makan dalam senyap.
“Akak, hari ni biar Lin lah yang basuh pinggan. Akak mesti penat. Esok nak examkan, pergilah study.”
“Bagus, bagus.. Lin mamnu’ juga kan. Nanti masuk bilik akak, kita baca ma'thurat sama-sama.”
“Baik.”
Idola, Tawadhu’
Selesai saja mathurat dibaca, Lin berlalu ke biliknya. Saya mengambil Quran. Cuba mengulang hafal surah-surah, risau kalau tak diulang selalu, saya akan lupa. Selesai membaca al-Quran, saya menyambung mengulangkaji.
Lama saya tenggelam dalam pelajaran. Tak sedar masa berlalu. Terasa lenguh-lenguh badan. Nescafe saya teguk. Terasa mahu menjenguk Lin.
Pintu biliknya saya ketuk. Salam diberi.
“Waalaikumussalam. Masuklah, kak. Alahai sopannya, ketuk pintu pulak.”
“Apa salahnya. Sama-sama dapat pahala. Tengah buat apa?”
“Tengok ni, kak. Artis baru, Yuna. Cantik, pakai tudung. Suara pun best. Bolehlah buat idola,” ceritanya beriya.
“Oo.. Cantik. Tapi akak rasa Lin perlu cari orang lainlah buat idola.”
“Contohnya?”
“Rasululullah SAW,” jawab saya lancar.
“Alah, akak. Lin bukannya tak nak. Tapi tengoklah Lin macam mana. Jauh lagi tu nak capai akhlak Baginda.”
“Usahalah dulu! Akak pun bukannya perfect. Malulah kita mengaku umatnya, sedangkan tak mahu berakhlak seperti akhlak Baginda. Sedangkan barat pun mengagungkannya akhlaknya. Artis tu tawadhu' ke? Sentisa bercakap benar ke? Sabar ke?”
“Entahla, kak. Tak kenal pun lagi.”
“Ha.. Rasulullah dah cukup lengkap. Allah pun berfirman dalam surah al-Qalam, ayat 4. Dan bahawasanya Engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia. Tak cukup lagi ke?”
“Kalau nak famous?”
“Rasulullah dah wafat berapa tahun, dik? Pernahkah sehari berlalu tanpa ada cerita tentang Baginda diungkit. Who is the most influential person in history? Rasulullah jugakkan.”
“Betullah, kak. Nanti Lin nak tukar sumber inspirasilah. Mahu jadi sehebat Baginda. Dah habis study ke kacau orang ni?” ujar Lin sambil tersenyum.
“Itu tandanya mahu menghalau ke?” gurau saya.
“Lin dah ngantuk. Esok kelas pukul 8.”
“Ok. Tidurlah. Kejut akak awal sikit kalau bangun. Nak mandi wajib. Boleh qiam sekali.”
“Insya Allah. Rajinnya qiam. Dah habis revise semua dah? Lin kalau musim examkan, buat yang wajib pun, alhamdulillah.”
“Masa kita pun milikNya, Lin. Ilmu pun milikNya. Kalau tamak dengan masa dan Dia tak bagi ilmu tu, kita tak boleh nak salahkanNya kan. Lagipun, hari-hari pun kita buat dosa. Ajal pun tak tau bila. Kalau Rasullullah sampai bengkak-bengkak kaki sebab qiam sedangkan Baginda insan yang dijanjikan syurga. Kita patutnya lagi perlu beribadah lebih dari itu. Tawadhu' kan Baginda. Lagi bersyukur. Kalau Lin, cikgu cakap awak kalau tak boleh jawab pun takpe, cikgu bagi awak markah penuh, camne?”
“Beraya sakanlah Lin, kak. Mahunya tidur, bangun and makan je.”
“Tulah bezanya kita dengan Baginda. Tidurlah Lin. Jangan lupa kejut akak. Misscall pun takpe. Baca doa tidur tu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Kasih Sayang
Pukul 4 pagi handset saya berbunyi. Lantas saya bangun. Lantas message saya taip,
- Tq. Akak bangun. Jzkk -
Mengantuk betul rasanya. Terasa mata mahu ditutup lagi. Telefon saya berbunyi lagi.
-Lin dah mandi wajib jugak. Akak jangan tipu Lin.he2. Bukak pintu. Nak suruh orang kejut, tapi kunci pintu pulak.-
Saya senyum. Lantas turun dari katil. Lin yang saya kenal memang cukup lembut hatinya, tapi cukup manja. Perlu diberi nasihat selalu. Perlu dibimbing dan diperhatikan. Pintu saya buka.
“Akak, Lin nak solat sama-sama boleh?”
“Ok. Tapi akak nak mandi dulu. Ambil masa sikit. Bacalah Quran dulu.”
Solat jemaah kami berlalu tenang. Damai sungguh di hati saya.
“Lin baca doa,”pinta saya.
“Tak naklah. Doa akak mustajab sikit.”
“Ada-ada je jawapannya.”
Doa saya panjatkan khusyuk. Perlahan Lin mengaminkan. Sampai saya berdoa agar Allah ampunkan dosa ibu bapa kami. Terdengar esakan Lin. Saya meneruskan doa.
“Amin..”
Saya pusing mengadap Lin. Gadis itu hanya tunduk. Dikuis-kuisnya sejadah dengan pandangan kosong. Air mata masih bertakung.
“Hmm.. Taknak share apa-apa dengan akak?”
Lin geleng. Saya senyum.
“Ada 5 minit lagi nak masuk subuh. Jangan tidur pulak.”
Lin senyum tawar. Saya hanya membisu. Tak mahu memaksa Lin bercerita. Dalam hati, saya cuba berzikir.
Azan subuh berbunyi. Lin bangun ke bilik air. Memperbaharui wudhuk barangkali. Tapi Lin memgambil masa yang cukup lama saya kira. Lantas pintu bilik air saya ketuk.
“Lin okay ke? Jangan berlama-lama sangat dalam toilet tu. Tempat syaitan.”
Pintu bilik air dibuka. Lin senyum tawar lagi.
“Jom solat, kak.”
Seperti biasa, saya menjadi imam. Kata Lin, dia belum layak. Hati saya sesak dengan rasa ingin tahu. Tapi saya pendamkan, tidak mahu memaksa.
Seusai solat, Lin peluk saya erat.
“Kenapa ni? Tiba-tiba emotional,” tanya saya.
“Akak sayang Lin?” tanyanya sayu.
Saya tergamam. Tak sangka akan diajukan soalan sebegitu.
“Mestilah sayang,” jawab saya ringkas.
“Sebab?”
“Sebab Lin adik yang baik.”
“Tapi akak pun akan tinggalkan Lin jugakkan. Macam mak ayah Lin.”
Terdiam saya seketika, tak tahu apakah respon terbaik yang patut saya berikan.
“Lin sayang akak kerana apa?”
“Sebab akak baik,” jawabnya sambil tersenyum.
“Akak sayang Lin Lillahi Taala. Lin rindu mak ayah Lin ke?”
Mengalir lagi air mata gadis itu. Lantas dia mengangguk lemah.
“Akak, kadang-kadang Lin rasa sempit sangat. Macam takde orang dah sayangkan Lin. Lin anak yatim piatu. Rasa macam tempat berpaut tu dah takde,” ujarnya lirih.
“Lin tahukan orang yang sayangkan kita tak pernah mati. Dia sentiasa di sini. In our heart.”
Tangis Lin makin kuat.
“Lin beruntung. Lin ada contoh yang baik untuk diikuti.”
“Siapa?”
“Rasulullah SAW.”
“Sebab?”
“Rasulullah pun anak yatim piatu. Malah Rasulullah yatim ketika usianya lagi muda. Tapi Rasulullah tak pernah rasa lemah. Malah Baginda berdikari, mengembala kambing, berniaga.. Dan akhirnya Baginda jadi lelaki paling hebat dalam sejarah dunia. Jadi kesayangan seluruh dunia.”
“Tapi kak, Rasulullah lain, semua orang sayangkan dia.”
“Rasulullah pun sayang kita. Sampai ke akhir hayatnya pun Rasululllah masih menyebut Ummati.. Ummati..”
Telepon bimbit Lin berbunyi. Lantas Lin bangun dan keluar dengan wajah berseri-seri.
“Siapa?”
“Kakak tanya khabar.”
“Ha.. Tengok. Ramai je orang sayangkan Lin. There will be someone who always remember you everyday. Percayalah!”
“Yelah kak. Gi study! Jangan layan sangat Lin ni. Good luck ye, kak. Takut tak sempat nak wish. Lin nak tidur balik.”
“Tidurlah lepas subuh ni. Tertutup pintu rezeki nanti.”
“Baik boss.”
Kebersihan, Malu, Martabat Wanita
Alhamdulillah. Jutaan kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi. Akhirnya tamat juga exam final semester untuk tahun 3 ini. Banyak rancangan dirangka. Pada Allah saya bertawakkal sepenuh hati. Saya dah usahakan yang terbaik. Biarlah Allah yang menentukan. Bukankah Allah suka hamba-hambaNya yang bertawakkal?
Saya cukup sibuk. Sehingga saya jarang pulang ke rumah. Namun tidak saya lupakan bertanya khabar Lin, satu-satunya housemate saya. Alhamdulillah dia cukup memahami. Tapi hari ini saya rasa mahu menjenguk Lin di rumah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Eh, akak. Senyap-senyap je masuk rumah.”
“Akak bawak kunci. Apasal sepah sangat ni?”
“Ala, kak. Banyak sangatlah assignment. Tak sempat nak kemas,” jawabnya manja.
“Kebersihan tu kan separuh dari iman. Rasulullah tak suka tau sepah-sepah ni. Tak segan ke kalau tiba-tiba Rasulullah datang?”
“Akak ni suka buat orang takut. Yelah, kejap lagi Lin kemas. Akak masak sarapan ek. Lama tak makan akak masak.”
“Akak seriuslah. Rasulullah sampai Baginda nak wafat pun Baginda minta Aisyah beruskan gigi Baginda dengan kayu siwak tau. Okay, pagi ni akak masak. Lin kemas depan ni.” jawab saya. Terdetik rasa takut dengan hak yang tidak tertunai terhadap housemate saya ini.
Saya memasak sarapan pagi untuk kami berdua. Selesai makan, Lin bersiap untuk ke kelas. Saya membuka laptop. Terasa ingin menitipkan email untuk family.
“Akak,” terdengar jeritan Lin sambil pintu bilik saya dikuak.
“Cantik tak baju ni?” tanyanya sambil baju barunya ditayang persis seorang model. Saya senyum.”
“Cantik.. Tapi..”
“Tapi ape kak? Lin nampak gemuk ke?”
“Takdelah. Akak rasa baju ni macam seksi sikitlah. Warna dia pun macam menyerlah sangat. Ni kalau jumpa Rasulullah tengah jalan nanti tak malu ke?”
“Akak ni. Tapi Lin pun rasa macam tu. Membazirlah kalau Lin tak pakai. Baju ni pun baru je beli. Membazir tu kan sifat syaitan.”
“Pandai ek menjawab. Tengok syaitan dah cucuk. Sebaik hiasan dunia kan wanita solehah. Wanita juga fitnah dunia yang besar. Lin nak jadi salah seorang wanita yang menyesatkan lelaki di sana ke?”
“Mestilah taknak, kak. Nauzubillahi min zalik. Tapi lin malulah. Asyik pakai baju kurung je. Macam kuno pulak.”
Saya senyum. Itu ayat biasa yang keluar dari remaja sekarang.
“Malu biarlah bertempat Lin. Rasulullah pun pemalu jugak. Bahkan pemalunya Baginda mengalahkan anak dara. Malu tu pun satu cabang dari cabang iman. Malu itu dengan kita jaga kepala dan pancaindera, jaga perut dan anggota, ingat mati, jasad yang hancur dan tinggalkan perhiasan dunia. Itulah baru dinamakan malu. Lin tak rasa bangga ke jadi wanita muslimah?”
“Mestilah bangga, kak.”
“So.. Buktikan! Islam datang bawa sinar baru pada wanita. Wanita yang dulunya ditindas dikembalikan haknya. Bahkan maruah wanita dijunjung. Sehingga khutbah terakhirnya, Rasulullah bersabda.. Wahai, saudara-saudaraku, benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu,. Tetapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu, maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan. Hebatkan wanita di sisi Islam,” syarah saya panjang.
“Kalau Lin tak hargai pengiktirafan Islam pada wanita, samalah seperti Lin derhaka pada Allah ye kak? Pada Nabi..?”
“Betul tu. Pergilah siap. Nanti lambat pulak. Akak nak gi kelas sirah petang ni. Kalau Lin nak ikut, boleh jugak.”
“Nak. Akak tunggu eh. Lin balik dalam pukul dua.”
“Okay. InsyaAllah”
Cinta Yang Hadir
Gembira betul saya ke kelas tafaquh bersama Lin. Saya tengok gadis itu khusyuk mendengar. Lin hanya senyap sepanjang perjalanan pulang. Kepenatan mungkin. Saya pun tak mahu menganggu.
Malamnya saya meneruskan rutin harian biasa. Esok kelas saya bermula semula. Perlu menyusun jadual seteliti mungkin. Tiba-tiba handset saya berbunyi.
"1 message received."
-Akak mcm bz je. Lin tak berani nak kacau. Akak, Lin rasa Lin dah jatuh cinta.-
Terasa luruh jantung saya. Lin tak pernah bercerita tentang teman lelaki apalagi menunjukkan minat pada mana-mana lelaki. Saya berhenti membuat kerja. Beristighfar di dalam hati. Saya seorang da’ie. Dan saya rasa saya perlu kuat. Langkah saya atur tenang ke bilik Lin.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Lin sudah berkelubung di bawah selimut. Saya tengok matanya merah.
“Maaf Lin,akak busy sikit tadi. Kata jatuh cinta, apasal nangis?” tanya saya cuba berhemah.
Lin bangun, tersenyum lemah.
“Dia terlalu baik, kak. Saya rasa saya tak layak untuk bertemu dia pun.”
Saya panik. Cinta internetkah ini?
“Mana Lin tahu dia baik kalau Lin tak pernah jumpa?”
“Semua orang cakap dia baik, kak. Akhlak dia, tutur kata dia, pakaian dia, ibadat dia. Akak pun cakap macam tu.”
Saya tergamam.
“Akak kenal dia? Siapa dia ni, Lin?”
“Akak tak boleh teka ke?”
“Manalah akak mampu baca hati orang, dik.”
“Dia kekasih Allah, kak. Insan yang namanya bersemadi di naluri ramai orang hingga kini.”
Kali ini air mata saya menitis.
“Maksud Lin, Nabi Muhamad SAW?”
Lin mengangguk. Air mata saya turut mengalir sama. Alhamdulillah, Allah campakkan rasa kasih pada hambaNya yang cukup dhaif ini.
“Lin mahu sangat berjumpa Rasulullah, kak. Tapi Lin tahu, Lin tak layak. Lin bukannya orang yang soleh. Hamba yang patuh dan beriman. Darjat kami sangat berbeza, kak.”
“Lin, akak pun kadang-kadang rasa sempit bila fikir semua benda ni. Tapi akak yakin dengan janji Allah. Bukankah Allah berjanji kita akan bersama dengan orang yang kita cintai? Rasulullah sebenarnya dah lama rindukan kita sebelum kita rindukan Baginda.”
“Maksud akak?”
“Akak teringat satu kisah ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wada’. Baginda menangis.
Sahabat pun bertanya: "Kenapa kamu menangis, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku.”
Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: "Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku. Saudaraku ialah mereka yang datang selepasku, beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku. Aku merindui mereka. Kerana itulah aku menangis”.
"Betapa rindunya Rasulullah pada kita.. Dan ketika Rasulullah hampir wafat, Rasulullah melihat kegelisahan di wajah sahabat. Lantas Baginda bersabda, “Wahai sahabatku, sesungguhnya janji kamu bersama aku bukanlah di dunia tetapi di telaga Kauthar. Demi Allah, aku seperti dapat melihatnya.”
Pecah lagi tangisan gadis itu. Dan malam itu, lirih dia meminta tidur di bilik saya. Malamnya Lin bangun qiamullail. Tersentuh hati saya mendengar esak tangisnya. Betapa indahnya rasa cinta yang merubah dirinya. Moga-moga rasa cinta itu terus kekal. Rasa cinta yang membawa kita bertemu Tuhannya. Alhamdulillah.. Saya syukur Lillahi Taala.
Hari berlalu. Lin bertambah baik akhlaknya, ibadatnya. Cinta itu betul-betul merubahnya. Lin yang dulu gadis biasa kini menjadi luar biasa, dan saya cukup bersyukur. Alhamdulillah. Rindu pada Rasulullah tak akan pernah surut. Dan pertemuan yang abadi itu cukup saya rindui. Sering saya rasa lemah, sering rasa diri cukup hina, tapi saya tepis perasaan itu, kerana saya yakin dengan janjiNya.
Ya Allah
Sering aku mengaduh penat
Sering aku lupa untuk bertaubat
Sedangkan ampunanMu, kasihMu tagihan diri
Ya Rabbi
RahmatMu ku junjung
KasihMu ku ratapi
Tuhan
Pemilik hatiku
Lemah aku merayu
Hadirkanlah rasa cintaku pada kekasihMu, Tuhan
Tuhan
Betapa diri kerdil
Cinta yang terpaut mungkinkah berbalas?
Ya Tuhan
Kasihku tak sehebat para Sahabat
Pengorbananku untuk kekasihMu sedikit cuma
Sayang dan rinduku tak seteguh mereka
Ya Allah
Ingin aku jadi sesetia Abu Bakr
Ingin aku disayangi seperti Fatimah
Ingin aku berkorban demi kekasihMu seperti Nusaibah
Ya Tuhan
Betapa aku rindu untuk bertemu kekasihMu
Menatap wajah yang mulia itu
Ya Rabbi
Temukan aku dengan kekasihMu
Leraikanlah rindu ini
Hadirkan rasa cinta dalam diri
Yang sentiasa mekar
Tak pernah pudar
Tuhan
Hanya padaMu aku merayu
Kerana Kau pemilik hatiku.
15 PeRkArA MenGunDaNg BaLa
Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:
-Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
-Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
-Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
-Suami taat pada isteri.
-Anak mendurhakai ibunya.
-(sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
-(dan) menjauhkan diri dari bapanya.
-Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
-Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
-Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
-Arak diminum di merata-rata tempat.
-Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
-Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
-Banyak jenis muzik dimainkan.
-Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.
Wednesday, July 15, 2009
Al-MuaLLim...
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselve
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,Oh Mu'allim..
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad (O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad (O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad (O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad (The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad (Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina (O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One O intercessor of the worlds)
Tuesday, July 14, 2009
...DoA BuLaN ReJaB...
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya Allah." Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya. Sama2 kita renungkan... | | |
| | ||